Thursday, January 1, 2009

Jangan Pedulikan Email Berantai



E-MEL berantai yang menjanjikan rezeki kepada mereka yang menolong menyebarkannya boleh dianggap perbuatan menyalahi akidah.


KUALA LUMPUR - Semakin ramai pengguna internet menerima e-mel berantai yang menjanjikan rezeki jika mesej itu disebarkan kepada 12 kenalan lain, namun apa yang sebenarnya menanti ialah dosa besar kerana ia perlakuan bertentangan dengan akidah.

E-mel itu antara lain bertajuk 'Rezeki untuk anda' yang tersebar di kalangan pengguna internet sejak beberapa hari lalu.

Bagi meyakinkan penerimanya, kandungan mesej tersebut juga tertera beberapa nama Allah.

Wartawan Kosmo! yang turut menerima e-mel yang sama mendapati, ia disebarkan kepada rakan-rakan penghantar yang lain kerana percaya akan berlaku keajaiban apabila menyebarkan mesej tersebut.

Malah pejabat Kosmo! turut menerima beberapa panggilan telefon dari penerima e-mel tersebut yang disebarkan oleh orang lain sebelum ini.

Kepada Mufti Besar Johor, Datuk Nooh Gadut, sesiapa sahaja yang mempromosi e-mel berantai bentuk dakwah itu dianggap bersubahat dan berdosa.

"Jangan percaya mesej seumpama itu, kita harus teliti setiap mesej berbentuk dakwah yang diterima dengan merujuk kepada pakar agama supaya tidak terpesong daripada akidah.

"Malah, menjadi satu dosa apabila menggunakan al-Quran untuk tujuan pembohongan, maka, jika ada yang menerima mesej itu, hendaklah tidak mempercayainya," katanya ketika dihubungi semalam.

MENCARI SHARLINIE

MENCARI SHARLINIE
Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun