Tuesday, November 13, 2007

Rakyat mesti bersedia hadapi trend kenaikan harga minyak


Adakah ni petanda (clue) minyak akan naik lagi pada tahun depan??.... Sama² kita tunggu dan lihat. Mungkin lepas ni kuih dah jadi sebiji RM1.00 ... harga ayam, gula, beras, ikan, mee, transport caj dan lain² camne??? :-)

************************************************************************************************

TAPAH 12 Nov. - Masyarakat di negara ini perlu bersedia menghadapi kesan daripada trend kenaikan harga minyak yang melanda seluruh dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini.

Beliau berkata, trend kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang memberi kesan kepada kemampuan rakyat, mesti dihadapi mana-mana kerajaan dan parti politik di dunia termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah.

“Kadang-kala pihak tidak bertanggungjawab menyatakan ini (kenaikan harga minyak) tidak sepatutnya berlaku, dan ini (harga minyak) tidak sepatutnya naik.

“Mana ada satu kerajaan dan pemimpin di dunia ini boleh kawal harga minyak daripada naik termasuk Presiden Bush (AS) dan Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Raya Muhibah Aidilfitri dan Deepavali Parlimen Tapah di Dewan Merdeka di sini.

Beliau berkata, untuk meringankan beban masyarakat dalam menghadapi kesan kenaikan harga minyak dunia, kerajaan sedang berusaha membantu rakyat menjadi pengguna bijak dengan membeli barangan perlu saja serta membeli barangan berharga murah.

Katanya, musim sejuk yang melampau di Eropah, permintaan global yang semakin meningkat terutama dari China dan India untuk perindustrian, serta peperangan, merupakan faktor yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana kerajaan dan parti politik termasuk parti pembangkang.

Beliau berkata, trend kenaikan harga minyak dunia itu akan berterusan dan dijangka mencecah paras AS$100 (RM332) dalam tempoh beberapa hari lagi.

Mohd Shafie berkata, kajian mengenai subsidi minyak dan pengagihannya yang dijangka diperolehi beberapa bulan lagi akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kemampuan rakyat serta keupayaan kerajaan menanggung perbelanjaan subsidi sebanyak RM40 bilion.

Ditanya mengenai dakwaan kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak antara 30 dan 50 sen mulai tahun depan, beliau berkata, “apa yang perlu dilakukan ialah mengkaji dengan lebih teliti dengan pendekatan baru. Khabar angin ini banyak sangat. Jangan dengar”.

Beliau juga menegaskan menyertai kempen boikot hanya boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk dan lumpuh.

- Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm


No comments:

MENCARI SHARLINIE

MENCARI SHARLINIE
Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun