Showing posts with label kementerian. Show all posts
Showing posts with label kementerian. Show all posts

Saturday, February 2, 2008

Apabila Menteri-Menteri Bercakaran Sesama Sendiri


















Belum pun ada lagi penamaan calon rasmi pilihanraya mahupun tarikh sebenar pilihanraya ke 12, pak menteri kita sudah bertelagah sesama sendiri. Bukan sahaja perebutan kuasa ini hanya terdengar di dalam mesyuarat ahli persatuan sendiri tapi ianya tersebar sehingga ke akhbar-akbar perdana Malaysia.

Apa nak jadi dengan nasib rakyat Malaysia apabila wakil rakyatnya berebut-rebut tempat kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi nasib rakyat marhan masih lagi tak terbela. Jika keadaan ini berterusan nescaya kes perculikan kanak-kanak, jenayah bunuh, rompak & samun menjadi-jadi, kenaikan barang yang tak terkawal, pencerobohan kawasan hutan simpan, pencemaran, kebanjiran pendatang haram dan lain-lain tidak lagi menjadi agenda pemikiran menteri-menteri Malaysia negaraku yang tercinta!!

Kita berharap pertelingkahan ini tidak menjadi negara kita tergadai ke negara lain. Lihat sahaja sejarah lampau tanah melayu ini, apabila para pemimpin sibuk bertelagah pihak luar (Portugis, Belanda dan Inggeris) mengambil kesempatan dengan menjajah tanah melayu. Rujuk: SEJARAH MELAYU: LANDASAN KEHANCURAN NEGARA KOTA MELAKA dan mungkin kita boleh membaca di halaman web ini yang mana antara ringkasannya:

...Salah satu peristiwa atau tragedi yang tidak mungkin dapat kita lupakan ialah tragedi kejatuhan empayar kerajaan Melayu Melaka pada 1511 kepada penceroboh Portugis.

Peristiwa kejatuhan kerajaan Melayu Melaka ini juga menandakan bermulanya era penjajahan di Tanah Melayu selama hampir 446 tahun. Daripada peristiwa tersebut, terlalu banyak pengajaran yang boleh kita dapatkan dan dijadikan peringatan supaya peristiwa seperti itu tidak akan berulang lagi.

Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan Melaka ketika itu sudah mula memasuki era kelayuan. Ini dapat ditafsir melalui situasi di dalam pentadbiran kerajaan atau keributan yang berlaku di dalam istana, yang menandakan satu malapetaka sedang berlaku.

Ini terbukti apabila wujud kecemburuan dan kecurigaan di kalangan pembesar terhadap segolongan pembesar di istana.

Keadaan semakin meruncing apabila Bendahara yang berwibawa telah meninggal dunia dan digantikan dengan orang yang tidak bersemangat dan langsung tidak berminat untuk mentadbir.

Sementelahan lagi, Sultan Mahmud ketika itu semakin lupa akan peranan dan tanggungjawabnya sebagai pemerintah.

Akibatnya, para pedagang yang menjadikan Kota Melaka sebagai pusat dagangan antara Timur dan Barat mula merasakan ketidakselesaan mereka untuk berniaga di situ.

Keadaan semakin memburuk apabila cukai dinaikkan, para pedagang dari China berasa mereka dikhianati akibat sikap memihak yang diamalkan oleh Bendahara Melaka ketika itu yang lebih menyenangi pedagang Tamil Muslim dari India memonopoli pasar-pasar di Kota Melaka.

Ini berlaku kerana pedagang Tamil Muslim ini berangapan bahawa mereka merupakan anak emas pemerintah Melaka kerana Bendahara Melaka berketurunan Tamil Muslim...


Rujuk: http://www.pemudaumno.org.my/.......sid=5951


**************************************

Azmi dakwa maruah tercemar


PADANG BESAR 1 Feb. - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mendakwa imejnya tercemar berikutan pengumuman namanya tidak tercalon untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, kenyataan terbuka melalui akhbar mengenai namanya yang tidak tersenarai sebagai tiga calon tertinggi untuk bertanding pada pilihan raya ke-12 juga menjatuhkan maruah dirinya.

‘‘Selama ini saya berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan tidak mahu komen mengenai politik terutamanya di Perlis.

‘‘Tetapi kali ini saya terpaksa kerana ia melibatkan imej dan saya perlu mengulasnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di Kaki Bukit di sini, hari ini.

Semalam akhbar melaporkan nama Azmi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar dan nama Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar tidak tersenarai untuk bertanding apa-apa kerusi oleh bahagian masing-masing kerana mendapat undi yang tidak mencukupi.

Bagaimanapun, Rabu lalu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menyatakan hasratnya untuk mencadangkan nama kedua-dua pemimpin yang disifatkan sukar dicari ganti bagi bertanding pada pilihan raya kali ini sekiranya nama mereka tidak di calonkan oleh bahagian masing-masing.

Azmi memberitahu, beliau juga kesal dengan cara pemilihan calon yang dibuat pada peringkat bahagian Padang Besar baru-baru ini.

‘‘Saya tidak tahu kaedah yang digunakan kerana biasanya apabila pengundian untuk calon dilakukan, pengiraan undi akan dibuat dan dimaklumkan kepada ahli-ahli sebelum diserahkan kepada pengerusi perhubungan UMNO negeri dan seterusnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya melihat tidak ada ketelusan dalam pemilihan calon kali ini kerana semuanya dilakukan secara sulit,” katanya.

Katanya, maklumat mengenai nama-nama calon juga adalah sulit dan hanya boleh diumumkan oleh Presiden parti.

‘‘Kalau nama saya tidak ada tak apa, saya serah pada Perdana Menteri, itu hak PM. Jika mahu saya pencen pun tidak menjadi masalah sebab saya sudah lama berkhidmat. Apa juga yang saya lakukan adalah untuk parti.

‘‘Ini sebab maruah dan jika ada yang kata saya tidak popular, itu mustahil kerana sejak saya mengundurkan diri sebagai ketua bahagian dahulu tiap-tiap kali pertandingan nama saya mendapat undi yang paling banyak.

‘‘Saya juga mendapat banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan sokongan terhadap saya,” jelasnya.

Tambahnya, kenyataan yang mengatakan bahawa dia meletak jawatan selepas pilihan raya 2004 juga tidak benar.

‘‘Saya tidak meletak jawatan tetapi hanya mengundurkan diri. Begitu juga dengan Radzi.

‘‘Sebab apa saya letak jawatan dan tidak bertanding sebagai ketua bahagian itu, tidak perlu tahu kerana saya ada sebab tertentu,” katanya.

Menjawab satu soalan beliau berkata, hasrat Shahidan untuk mencadangkan namanya bagi pencalonan adalah baik dan bagus.

Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.....Politik&pg=po_02.htm

Thursday, January 17, 2008

Sila Pujuk Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Beliau (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) menegaskan, jika pemilik bangunan gagal memasang CCTV selepas diarahkan oleh polis, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari arahan yang bertujuan menjaga keselamatan orang ramai yang berada di premis tersebut.

“Ini akan membolehkan pihak polis mengambil tindakan segera apabila berlaku sesuatu jenayah ataupun dapat menghalang berlaku jenayah yang ingin dilakukan oleh seseorang,” katanya.

Rujukan: http://utusan.com.my/utusan/arkib........pg=mh_01.htm



Jan
16,
Pada 8 Jan., media massa melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai bertanya: “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”
Dua soalan serentak daripada Perdana Menteri itu merujuk kepada peningkatan besar kadar jenayah yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2007.

Adalah sesuatu yg amat mendukacitakan, mengejutkan dan memalukan , jika seorang PM yg juga merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tiba-tiba melontarkan persoalan itu ketika rakyat jelata sedang menderita dengan peningkatan statistik jenayah yg mengancam keselamatan diri dan keluarga. Bukankah sepatutnya beliau bertindak terlebih dahulu sebelum keadaan menjadi parah ? Apakah sudah lupa mengenai kempen kesedaran jenayah yg diwar-warkan pada awal tahun 2007 ( 十万火急全民拼治安 ).

Mungkin... kerana Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan: Melayu Mudah Lupa !!

Bukan sahaja Menteri Keselamatan Dalam Negeri yg harus bertanggungjawab, bagaimana pula dengan timbalannya , apakah makan gaji buta juga ? Apakah peranan Datuk Foo Ah Kiow selaku timbalan menteri . Mungkin Datuk Foo sudah lupa bebanan dan tanggungjawab yg dipikul atau sedang tunggu wang pencen sahaja ?


Maklumat Tambahan:
MCA Cheras sedang berkempen agar diwujudkan sebuah balai polis di Cheras. Sokonglah kempen mereka !!
Amat memalukan , sebuah kempen harus dilancar utk memujuk Menteri Keselamatan Dalam Negeri menjalankan tanggungjawab beliau.

Tuesday, January 15, 2008

Adakah Harga Minyak Petrol Naik Pada 2008: "Saya tidak tahu"

Begitulah petikan kata-kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop apabila ditanya oleh wartawan yang menemurah beliau. Kemungkinan besar kita akan merasai lagi kenaikan harga minyak pada tahun 2008 ini disebabkan kenyataan yang tidak konsisten daripada menteri yang berkenaan.

Soalnya: "Bilakah kenaikan ini akan berlaku dan berapakah nilai kenaikan tersebut?" Sama-sama kita tunggu dan lihat, adakah ianya akan berlaku atau tidak! Bagaimana pun rakyat dapat menampung perbelanjaan harian akibat kenaikan ini.

**************************

RM35b subsidi minyak 2008

PUTRAJAYA 14 Jan. – Kerajaan dijangka mengeluarkan subsidi bahan bakar sebanyak RM35 bilion pada tahun ini, jika harga minyak mentah terus berada di paras AS$$100 setong.

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jumlah RM35 bilion itu dikira jika harga minyak kekal pada harga AS$$100 setong sepanjang tahun ini.

‘‘ Jika purata harga minyak dunia lebih rendah maka (subsidi) lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementerian berkenaan, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada harga runcit petrol akan dinaikkan berikutan harga minyak dunia terus meningkat, beliau berkata: ‘‘Saya tidak tahu.”

Menurutnya, kerajaan akan terus berbelanja untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi membolehkan sektor swasta menjana kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Nor Mohamed berkata, kepelbagaian ekonomi Malaysia membantu negara menghadapi cabaran luaran berikutan kutipan cukai yang efisyen serta kecekapan dalam pengurusan.

‘‘Kerajaan yakin ekonomi akan berkembang sebanyak enam peratus atau lebih tinggi berbanding 2007 iaitu antara 6.0 hingga 6.5 peratus pada tahun ini,'' katanya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/...Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm



Iklan Layanan Masyarakat Oleh M@RHAEN

Friday, November 30, 2007

Wakil Kementerian Gagal Hadir Jawab Soalan

Ayo yo yo.... Dato Seri, Tan Sri, Datuk ..... kalau dah takde yang hadir kat parlimen camne nak bawa masalah kami ke Dewan Rakyat/Negara ni?? Kalau kata nak tukar orang lain marah pula!!

Menteri/Timbalan Menteri/Setiausaha pergi mana??

*********************************************


BNBBC kesal wakil kementerian gagal hadir jawab soalan

KUALA LUMPUR 29 Nov — Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar hari ini kesal kerana isu kegagalan wakil kerajaan untuk hadir menjawab persoalan yang dibangkitkan pada Persidangan Dewan Rakyat masih berulang.

Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Parlimen kerana mereka bukan sahaja tidak memperoleh jawapan yang terkini daripada kementerian terbabit tetapi juga merasakan kerajaan tidak memandang serius perkara yang dibangkitkan.

“Saya rayu kepada kementerian-kementerian supaya pastikan sekurang-kurangnya ada wakil mereka atau Setiausaha Parlimen yang menjawab soalan.

“Semasa perbahasan pun saya dapati tiada wakil kementerian yang mencatat dan mengikuti perkembangan dewan,” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Semasa sesi soal jawab pagi ini, anggota Parlimen terpaksa berpuas hati dengan jawapan yang diberi Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor yang mewakili Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjawab soalan mengenai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Sebelum ini, isu ketidakhadiran wakil kementerian untuk menjawab bagi kementerian masing-masing khususnya semasa sesi soal jawab sudah beberapa kali dibangkitkan.

“Perkara ini perlu dilihat secara serius dan harap ia tidak berulang kerana sekarang kita sedang membincangkan soal Bajet, sepatutnya ada wakil yang mengikuti sidang dewan,” katanya.- Bernama

MENCARI SHARLINIE

MENCARI SHARLINIE
Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun