Sunday, February 17, 2008

Keburukan Memakai Krim Pemutih Muka (kajian kumpulan doktor London)

Selepas ini sesiapa yang hendak memakai krim pemutih atau pun sebarang kosmetik kecantikkan perlu mendapat nasihat doktor pakar bertauliah. Jika silap hari bulan bukannya kecantikkan yang dapat tapi kesakitan dan kecacatan yang terpaksa ditanggung.

****************************************

Krim pemutih kulit punca saraf lemah

PARIS: Sekumpulan doktor Britain mengeluarkan amaran bahaya kesan penggunaan krim pemutih kulit selepas seorang wanita jatuh sakit menggunakan produk mengandungi sejenis steroid.

Mangsa yang mengalami masalah berat badan berlebihan, turut memiliki kulit muka yang tipis dan lebam. Bukan setakat itu, beliau juga mengalami masalah urat sarat yang lemah, lapor edisi terbaru jurnal perubatan Britain.

Wanita itu juga cuba untuk hamil sejak 18 bulan lalu biarpun pusingan haidnya sememangnya teratur.

Doktor percaya beliau mengalami masalah dikenali sebagai sindrom cushing yang berpunca daripada masalah pada kelenjar badan.

Namun, setakat ini hasil ujian darahnya tidak menunjukkan tanda kehadiran dua hormon berlebihan yang lazimnya menjadi petunjuk jelas sindrom berkenaan.

Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu akhirnya mengakui menggunakan sejenis krim pemutih kulit sejak tujuh tahun lalu yang dibeli di sebuah kedai yang tiada kebenaran menjual produk itu.

Krim itu dikesan mengandungi steroid clobetasol - bahan yang lazimnya digunakan bagi merawat penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Mangsa menggunakan dua tiub seberat 60 gram setiap satu setiap minggu.

Berikutan itu, pakar perubatan Hospital Hammersmith, London, menggesa pegawai perubatan supaya membuat amaran berhubung risiko bahaya krim pemutih kulit.

“Pasaran krim sedemikian bernilai jutaan pound sterling setahun. Krim itu mengandungi bahan toksik seperti steroid dan hydroxyquinone. Ramai pesakit yang tidak menyedari risiko berkenaan,” kata pakar perubatan, Dr Tricia Tan.

Seorang lagi pakar yang terbabit, Dr Tony Goldstone berkata, ramai pesakit enggan mengakui tindakan mereka menggunakan krim pemutih, apalagi jika memperolehnya secara haram.

Beliau mengingatkan mereka yang menggunakan krim itu tidak harus berhenti menggunakannya secara mengejut kerana tubuh mereka tidak lagi menghasilkan hormon mencukupi yang selama ini diperoleh daripada krim berkenaan, khususnya yang mempunyai dos tinggi.

“Pengguna krim pemutih itu perlu mendapatkan nasihat doktor yang merujuk mereka kepada pakar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Dermatologi Britain, Dr Olivia Stevenson, berkata pengguna boleh menghidap sindrom cushing itu jika menggunakan krim itu dalam jumlah yang banyak hingga bahan itu menyerap ke dalam badan dan menimbulkan gejala sedemikian. - Agensi



Rujukan: http://www.bharian.com.my...20080216235731/Article/index_html


No comments:

MENCARI SHARLINIE

MENCARI SHARLINIE
Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun