Sunday, December 9, 2007

Majlis Peguam kesal dengan tindakan pihak berkuasa

Apa la nak jadi ni... Majlis Peguam nak berarak sempena Hari Hak Asasi Sedunia pun tak bagi. Di atas kapasiti kesalahan apakah yang mereka lakukan?? Tak ada permit untuk berhimpun?!!

Sekarang ini bukannya zaman darurat lagi... semua perhimpunan atau perarakan kena ada permit polis.

Pemimpin perarakan BERSIH pun kena juga!!?? .... Nampaknya Malaysia dan Mynmar adalah negara adik-beradik!!.... (Datuk Zam sila betulkan balik statement anda!!)


****************************

Majlis Peguam kesal dengan tindakan pihak berkuasa

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Majlis Peguam Malaysia kesal dengan tindakan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menafikan hak mereka untuk berarak sempena Hari Hak Asasi Sedunia di sini hari ini.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa membuli mereka dengan menghalang sembilan yang ditahan dalam perarakan itu daripada mendapatkan khidmat guaman.

Katanya, amalan buli itu juga dilakukan DBKL pada pukul 12 tengahari dengan menurunkan sepanduk dan poster sempena perarakan itu tanpa memberi notis.

``Majlis Peguam telah menyewa kawasan itu untuk meletakkan sepanduk dan poster itu, jadi mereka tiada hak untuk menurunkannya.

``Ini merupakan hari yang paling sedih untuk Hari Hak Asasi Sedunia yang disambut keesokannya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai perarakan Hari Hak Asasi Sedunia anjuran Majlis Peguam di sini hari ini.

Perarakan tersebut yang bermula pukul 7.30 pagi disertai kira-kira 50 orang bermula dari pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke bangunan Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar di sini.

Bagaimanapun timbul sedikit kekecohan apabila pihak polis mengarahkan mereka bersurai ketika melalui Jalan Tun Perak berhadapan bangunan mahkamah lama.

Sementara itu, menurut Sreenevasan, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, Edmund Bon ditahan polis sewaktu cuba menghalang pihak berkuasa daripada mennurunkan sepanduk dan poster sempena perarakan itu.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Edmund memarahi polis yang manahannya sehingga menyebabkan lalu lintas di hadapan bangunan Majlis Peguam terganngu.

Dalam pada itu, Sreenevasan berkata, pihak majlis akan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan pihak berkuasa kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.- Utusan


*******************************

Peguam hak asasi manusia Majlis Peguam ditangkap polis

Sun | Dec 09, 07 | 4:35:51 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Edmund Bon ditangkap tengahari tadi oleh pihak polis ekoran tindakan beliau menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam.


Beliau yang ketika itu sedang berada di hadapan bangunan tersebut menghadiri program memperingati Hari Hak Asasi Manusia Sejagat anjuran Majlis Peguam bertindak menghalang DBKL yang secara tiba-tiba menurunkan kain rentang tersebut yang telah digantung sejak pagi tadi.

Edmund merupakan individu kesembilan yang ditahan pada hari hak Asasi Manusia selepas lapan ditangkap semasa perarakan dari pusat membeli belah Sogo menuju ke lokasi sambutan tersebut seawal jam 8 pagi.

Menurut seorang peguam, Fadiah Nadwa Fikri, kesemua yang ditahan kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) Jalan Pudu.

"Keterangan mereka telah diambil, namun sehingga kini kami tidak dibenarkan masuk untuk bertemu dengan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Kira-kira lima peguam dan tiga aktivis ditahan dalam satu program perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia di Jalan Tun Perak pagi ini.

Mereka yang ditahan adalah penganjur perarakan tersebut, N. Surendran, Latheefa Koya. Enam yang lain Eric Paulsen, R Sivarasa, Amer Hamzah, Anthony Andu, Norazah Othman serta seorang aktivis yang masih belum dikenalpasti.

Sebaik ditahan, mereka segera dibawa menaiki van untuk dibawa ke balai polis IPKKL walaupun cuba dihalang oleh para peserta perarakan. - mns


***************************

Empat peguam dan empat aktivis ditahan kerana sertai perarakan haram

KUALA LUMPUR 9 Dis — Polis menahan empat peguam dan empat aktivis kerana terbabit dalam perarakan haram yang bermula di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Bangunan Majlis Peguam di Jalan Raja di sini pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Che Hamzah Che Ismail berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun secara haram.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan.

“Pihak penganjur tidak memohon permit bagi mengadakan perhimpunan dan mereka juga ingkar setelah diarahkan bersurai,” katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Majlis Peguam di sini.

Kira-kira 50 orang termasuk peguam, aktivis, penulis blog dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul sejak pukul 7.30 pagi di hadapan Sogo dan berjalan melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke bangunan Majlis Peguam sejauh kira-kira dua kilometer sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut seluruh dunia esok.

Kira-kira 100 anggota polis dilihat berada di sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Jalan Raja mulai pukul 7 pagi bagi mengawal keadaan.

Kumpulan itu mula bergerak secara aman pada pukul 8 pagi dengan memakai topeng penutup hidung.

Bagaimanapun timbul sedikit kekecohan apabila pihak polis mengarahkan mereka bersurai ketika melalui Jalan Tun Perak berhadapan bangunan Mahkamah lama.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian daripada anggota kumpulan itu sehingga berlaku pertengkaran dan ia memaksa polis menahan mereka yang menimbulkan kekecohan.

Bagaimanapun sebahagian daripada anggota kumpulan itu meneruskan perjalanan menuju ke bangunan Majlis Peguam.

Sementara itu Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavasan berkata, beliau kecewa dengan tindakan polis yang menahan lapan orang termasuk peguam yang menyertai perarakan itu.

Katanya, rakyat sepatutnya diberi hak untuk berhimpun secara aman.

“Saya percaya jika tiada polis dalam perhimpunan ini, pasti ia (perhimpunan) akan berjalan dengan aman,” katanya.

Ambiga dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pukul 10.30 pagi, dipercayai untuk berbincang dengan pihak polis bagi membebaskan kesemua yang ditahan.

Bagaimanapun polis enggan membenarkan beliau memasuki perkarangan IPKKL kerana tidak mahu beliau mengganggu siasatan.- Bernama

*************************************

Mohamad Sabu dikepung dan ditangkap polis; Tian Chua turut diceku
p

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu, Mohamad Sabu telah ditangkap polis sebentar tadi di Sunway City, Tambun, Perak.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS sebelum itu dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis sedang dalam perjalanan membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki.

Menurut sumber, Mohamad Sabu ditangkap di hadapan Masjid Negeri dan kini masih berada di sana untuk menunggu peguamnya, Asmuni Awi tiba.

Hal tersebut adalah disebabkan oleh pertikaian mengenai waran tangkap yang dikemukakan oleh pihak polis adalah salinan yakni bukan waran asal.

"Saya mungkin akan didakwa di bawah Akta Polis 1967 kerana perhimpunan sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily yang sempat menghubungi beliau di saat beliau sedang dikepung dan hampir ditangkap polis.

Besan beliau yang sedang menguruskan kenduri perkahwinan tersebut juga turun ke tempat kejadian bagi memberikan sokongan kepadanya.

Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa Mohamad Sabu telah dibenarkan pulang ke Pulau Pinang dengan diiringi pihak polis dan diminta menyerah diri di balai polis Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau beserta peguamnya masih belum memutuskan sama ada untuk menyerah diri ataupun sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Parti Keadilan Rakyat memaklumkan bahawa Ketua Penerangannya, Tian Chua telah ditangkap oleh Ketua Inspektor Koh Fei Chew dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Pejabat SUARAM di Johor Bahru, jam 5:15 petang tadi.

Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/peguam-hak-asasi-manusia-majlis-peguam-ditangkap-polis.html
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/mohamad-sabu-dikepung-dan-ditangkap-polis.html

No comments:

MENCARI SHARLINIE

MENCARI SHARLINIE
Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun