Thursday, December 6, 2007

Majlis Peguam Terkejut Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi Sebagai Presiden Mahkamah Rayuan


Macam ni laa manusia.... kalau yang ada masalah yang tu akan dinaikkan ke atas. Walau camne buruk sekali... kalau dah jadi kroni tentu dapat punya!!
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. Dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -
Riwayat Thabrani.


*************************************************

Hakim: Reaksi peguam

PUTRAJAYA 5 Dis. – Majlis Peguam Malaysia yang terkejut dengan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi bagi mengisi jawatan kedua tertinggi badan kehakiman iaitu sebagai Presiden Mahkamah Rayuan berharap era baru akan muncul yang menyaksikan kerjasama antara badan kehakiman dan guaman dalam mengukuhkan pelaksanaan keadilan di negara ini.

Presidennya, Ambiga Sreenevasan berkata, Majlis Peguam terkejut dengan pemilihan Zaki mengisi jawatan itu memandangkan beliau baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan ada calon lain yang layak mengikut tahap kekananan dan khidmat kepada badan kehakiman.

Selain itu, katanya, Majlis Peguam juga khuatir dengan penglibatan Zaki dalam beberapa perniagaan dan pembabitannya dalam parti UMNO. Bagaimanapun, beliau percaya perasaan itu akan terhapus dengan pelaksanaan keadilan yang penuh integriti oleh hakim berkenaan kelak.

‘‘Kami percaya kekhuatiran ini bakal terhapus apabila Hakim Zaki memperlihatkan integriti dan pelaksanaan tugas kehakiman yang cemerlang kelak. Masyarakat perlu diyakinkan bahawa badan kehakiman adalah bebas daripada sekutu atau ikatan dan tiada cacat cela dalam segala aspek.

‘‘Badan kehakiman tidak boleh kembali kepada masa silam yang menyaksikan kewujudan tanggapan tentang adanya pengaruh-pengaruh yang tidak dapat diterima dalam sistem keadilan,” kata Ambiga dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mewakili Majlis Peguam mengucapkan tahniah kepada Datuk Abdul Hamid Mohamad yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru dan kepada Zaki sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Beliau yakin ketua-ketua badan kehakiman itu akan mengambil kira pandangan Majlis Peguam dalam pelaksanaan keadilan di negara ini.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Abdul Hamid, 65, dilantik menyandang jawatan tertinggi badan kehakiman negara berkuat kuasa 1 November lalu. Beliau menggantikan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersara wajib pada 30 Oktober lalu.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Zaki sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

1 comment:

Anonymous said...

People should read this.

MENCARI SHARLINIE

MENCARI SHARLINIE
Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun