THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Unfortunately, rumour-mongering is not an event in the Olympics. If not, Malaysia would probably win gold. Nevertheless, whenever the world chooses to ignore Malaysia's achievements, we always have ways of navigating around that by creating our own records...... http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=7793

***********************************************
Terjemahan:

Kenyataan Ataupun Khayalan?

Raja Petra Kamarudin

Adalah malang, apabila desas-desus bukan menjadi satu acara temasya Olimpik. Jika tidak, besar kemungkinannya Malaysia mampu menang pingat emas. Namun demikian, setiap kali dunia sejagat tidak pedulikan kejayaan Malaysia, kita sentiasa mempunyai cara mengatasinya dengan mencipta rekod sendiri. Sebagai contoh, apabila Guinness Book of Records enggan meyenaraikan pencapaian Malaysia dalam senarai rekodnys, Malaysia telah mencipta Buku Catatan Pencapaiannya (Malaysia Book of Records) sendiri.

Ada satu rekod yang telah kita cipta semasa membawa Proton pertama turun di Khutub Utara. Memang ia ternyata pertama kali sebuah kereta meluncur jatuh di Khutub Utara. Tidak siapa terfikir sejauh itu untuk memperacutkan (menurunkan dengan payung terjun) sebuah kereta ke kawasan Khutub Utara., Kita juga mahu mencatatkan satu rekod untuk kereta pertama itu, tidak kiralah sama ada Proton ataupun tidak, dan memandunya di Khutub Utara. Akan tetapi secara tiba-tiba baru mereka sedar kenapa tidak ada seorang pun yang memikirkan untuk menurunkan kereta dengan paracut di Khutub Utara. Minyak enjin kereta itu telah sejuk membeku dan tidak membolehkan enjin dihidupkan. Jadi mereka terpaksa menolak kereta itu dan mencatatkannya kereta tersebut sebagai yang pertama dengan rakaman betapa enjin kereta tidak boleh dihidupkan tetapi kereta itu terpaksa ditolak oleh Malaysia.

Apapun, sesungguhnya Malaysia pernah mencapai satu rekod pada hari tersebut dan ia tidak mampu menarik minat Guinness Book of Records mengikhtirafnya, tetapi Malaysia Book of Records melakukan pengadilan kepada ketakutan itu. Kalau ada kisah kecil yang tidak diberitakan ialah perihal kereta itu tidak dapat dipandu; dan ini bukannya kesalahan pihak penganjur. Apakah ada sesiapa yang mengaku betapa kereta itu tidak pun dipandu tetapi ditolak sahaja. Saya sendiri tidak akan menyalahkan pihak penganjur. Apakah kita mahu mengaku yang kita tidak sedar sebelum itu betapa minyak akan menjadi beku dan kereta itu gagal dihidupkan setelah pihak penaja membazirkan berjuta ringgit hanya menggugurkan kereta dengan paracut bersama satu kumpulan khas ke Khutub Utara?

Satu lagi rekod yang tidak dicatatkan dalam Buku Rekod Malaysia ialah bilangan desas-desus yang merebak merata negara ini. Pada dasarnya disebabkan rakyat Malaysia tidak lagi percaya akan kerajaan ataupun media milik kerajaan. Satu perkara yang diketahui oleh rakyat Malaysia ialah perihal kerajaan menterjemahkan desas-desus itu dengan tafsiran yang berbeza dengan kefahaman rakyat Malaysia sendiri. Sebagai contoh, apabila terbongkar rahsia bahawa Abdullah Ahmad Badawi sudahpun berkahwin, ataupun akan berkahwin, Perdana Menteri sendiri telah menyatakan dalam satu persidangan akhbar yang rasmi bahawa semua itu adalah desas-desus semata-mata. Dia menghalakan telunjuk kepada anggota media dan dengan bersenda mengatakan bahawa mereka tentu telah mendengar berita angin juga.

Kini segala "desas-desus " itu ternyata satu kenyataan dan bukannya berita angin lagi. Bayangkan perkara ini melibatkan Ketua Eksekutif negara dan dia sengaja menepis cakap-cakap yang mengatakan dia sudah beristeri lagi, ataupun akan beristeri semula, sebagai berita angin semata-mata. Yang jelas apa yang dikatakannya sebagai desas-desus itu adalah kenyataan berfakta. Adakah anda faham sekarang kenapa rakyat Malaysia menganggap setiap desas-desus sebagai kenyataan yang benar?

Satu lagi desas-desus ialah kisah Abdullah sesungguhnya telah mengahwini Jeanne Danker lebih awal daripada tarikh pengumumannya. Secara rasmi Abdullah dan Jeanne telah menikah pada suku-tahun pertama tahun ini. Akan tetapi pada bulan Disember tahun lalu, mereka telah bercuti bersama-sama di Perth. Kini, kalaulah mereka tidak berkahwin tahun lalu dan sesungguhnya bernikah hanya pada tahun ini bererti mereka telah bercuti bersama-sama tahun lalu, lainlah kalau bak kata orang putih selama itu mereka telah mengharungi kehidupan yang di luar nikah. Sudah tentu Imam Besar Islam Hadhari tidak akan melakukan kerja-kerja brengsek dengan seorang wanita yang belum dinikahinya. Sudah tentu dia menikah Jeanne terlebih dahulu dan tidak melakukan satu perbuatan yang akan dicontohi oleh 25 juta rakyat Malaysia yang lain.

Kemudian muncul kisah rumah di Perth, yang secara sah didaftarkan di bawah nama Patrick Lim. Inilah insan yang diberi nama Patrick Badawi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Patrick Badawi ialah penganjur Temasya 'Monsoon Cup' Terengganu yang menelan belanja sebanyak RM300 juta setahun. Beliau juga merupakan seorang pengurus yang mengendalikan Wang Ehsan bernilai RM1 bilion yang diterima oleh Terengganu sebagai royalti sebanyak 5% saham pengerudian minyak dan gas daripada bumi Terengganu. Patrick Lim aka Patrick Badawi adalah tuan punya semua tanah yang mengelilinggi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang akan dibina tidak lama lagi. Dia sesungguhnya berada di sebuah lombong emas sebenarnya. Semasa Abdullah dan Jeanne bercuti di Australia pada musim Krismas dahulu mereka telah menggunakan rumah yang dimiliki oleh Patrick ataupun isterinya.

Sekali lagi kisah ini mencetuskan desas-desus. Bilakah Abdullah dan Jeanne menikah sebenarnya dan apakah hubungan mereka kepada Patrick Lim aka Patrick Badawi dan apakah satu kebetulan yang Patrick memiliki semua tanah yang berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang itu? Demikianlah berita angin ataupun desas-desus dan kita akan biarkan desas-desus itu memberikan jawapan kepada segala teka-teki yang timbul.

Apakah anda dapat melihat betapa satu desas-desus akan dikaitkan kepada desas-desus yang lain? Oleh sebab tidak terjawab teka-teki betapa Abdullah dan Jeanne mungkin telah menikah lebih awal daripada tarikh yang dirasmikan, terdapat banyak lagi desas-desus baru bahawa mereka tidak dapat mengumumkan tarikh rasmi pernikahan mereka itu dan terpaksa melengahkannya kerana Jeanne tidak memiliki surat cerai yang sah daripada perkahwinannya yang terkandas dahulu. Tidak kiralah dia telah menerima talak secara lisan daripada suami yang terdahulu tetapi dia tidak memiliki surat cerai sebagai buktinya. Perkahwinan Jeanne kepada suaminya yang baru hanya dapat dilaksanakan seratus hari selepas tarikh berakhirnya perceraian itu. Itu sebabnya mereka melengahkan majlis rasmi perkahwinan untuk memberi ruang yang selesa berlalu dahulu sebelum mengumumkannya. Jika tidak Jeanne akan dianggap secara rasminya bernikah dengan dua lelaki pada satu masa yang sama.

Ini harus menjadi satu pengajaran kepada kita semua bahawa desas-desus tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja tetapi mesti diperjelaskan. Oleh sebab desas-desus tidak diendahkan, terdapat lebih banyak desas-desus lagi bahawa Jeanne telah mengahwini dua lelaki sebelum perkahwinannya dengan Abdullah dan Abdullah sesungguhnya adalah suaminya yang ketiga. Desas-desus ini memang boleh diragukan dan saya tidak mahu bertaruh akan perkara itu. Akan tetapi ini tidak akan menyekat desas-desus itu berterbangan dan merebak luas. Masalah yang timbul ialah, apabila desas-desus tidak pun dinafikan tetapi ternyata satu kenyataan akhirnya, rakyat akan percaya apa juga bentuk berita angin itu, tidak kiralah betapapun kebenaran beritanya.

Setakat ini lima orang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merelakan berita angin berlakunya rusuhan kaum di Pasir Gudang, Johor. Polis berkata bahawa mereka masih menyiasat sumber desas-desus ini dan mereka menjangka akan membuat lebih banyak penangkapan . Baiklah, apakah mereka berkata bahawa rusuhan itu tidak pun berlaku dan tidak ada sesiapa yang luka ataupun mati di Johor?

Ataupun apakah mereka berkata sesungguhnya berlaku pergaduhan dan menyebabkan ada pihak yang luka dan/ataupun mati dan itu bukan pertelagahan berbentuk rusuhan kaum tetapi disebabkan alasan lain? Inilah yang perlu diperjelaskan. Isunya ialah apakah ia sudah berlaku ataupun tidak. Kalaupun berlaku apakah sebabnya ? Dengan mengenakan semua itu sebagai desas-desus semata-mata tanpa membuat penjelasan, dan dengan cara menahan orang tanpa bicara, ia tidak pun akan mengikis desas-desus itu dan sebaliknya -meyakinkan orang bahawa desas-desus itu sesungguhnya berita benar dan bukannya pembohongan. Kerajaan harus memahami perkara ini. Lebih kerap anda katakan ini adalah desas-desus lebih ramai orang yang yakin betapa kerajaan mempunyai hasrat tertentu untuk menipu. Inilah cara minda Malaysia berfungsi.

Ada pula berita angin mengenai rusuhan di beberapa tempat lain di merata negara yang dinafikan oleh kerajaan dan dilaporkan oleh media. Ada seorang pemuda Melayu yang mati terbunuh di Bukit Bintang Kuala Lumpur dan terdapat dua kejadian di Pulau Pinang, di Sungai Dua dan Jelutong. Mengikut seorang Wakil Rakyat, kejadian di Bukit Bintang membabitkan seorang Mat Rempit yang telah merusuh. Khabarnya kumpulan Mat Rempit ini telah mengganas di kawasan itu untuk beberapa ketika tetapi pada kali ini mereka telah mengganas lebih sedikit dan salah seorang mereka terpaksa menerima bencana dengan kematiannya. Seorang lagi Wakil Rakyat memberitahu saya betapa dia melihat di TV bendera Malaysia yang dikibarkan oleh Mat Rempit itu telah berlumuran darah ketika dia ditikam mati. Inilah apa yang disebut oleh dua orang Wakil Rakyat itu dan saya percaya mereka berdua kerana sepanjang sejarah Malaysia merdeka selama 50 tahun tidak ada Wakil Rakyat yang pernah berbohong kepada kita.

Saya tidak menerima maklum-balas lain mengenai kejadian di Johor dan Pulau Pinang, walaupun saya percaya kejadian di Bukit Bintang itu tidak ada kena mengena dengan kejadian di Johor dan Pulau Pinang -- itupun kalau betullah ada kejadian itu di Johor. Ini adalah kerana ketiadaan laporan media perdana mengenai kejadian di Johor tetapi ada laporan mengenai kedua-dua kejadian di Pulau Pinang. Seperti yang saya pernah sebut, apabila tidak ada laporan yang berwibawa maka desas-desus mula menggila.

Ramai yang percaya bahawa Malaysia-Today bernafas kerana berita angin. Sebenarnya kami tidak begitu. Malaysia-Today bergantung kepada Talibarut dan kami amat mempercayai Talibarut kami. Kalaulah kami siarkan laporan yang kerajaan tidak. Tetapi kritikan sebagai desas-desus -- tentu banyak lagi yang boleh dilaporkan oleh Malaysia-Today. Sebagai contoh, kita semua tahu betapa Abdullah telah menyerahkan RM600 juta kepada 191 Bahagian UMNO tahun lalu, dan ini adalah berdasarkan surat-menyurat dan Minit Mesyuarat, yang bererti ini bukan cerita dongeng. Kemudian ada cerita mengatakan Singapura telah membayar RM840 juta kepada Khairy Jamaludin yang diserahkan kepada Yang DiPertua Negeri Melaka untuk membolehkan beliau menyogok semua Menteri Kabinet dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO.


Kini, belum ada lagi dokumen untuk membuktikan berita ini selain testimoni (pengakuan) seorang pegawai tinggi UMNO yang mendapat maklumat itu daripada seorang petugas agensi risikan negara asing yang telah mengesan dan menjejaki aliran wang daripada Singapura ke Australia dan akhirnya mendapati wang itu tiba di Malaysia. Kisah itu ada kaitan dengan seorang pegawai tinggi UMNO seperti berikut:

Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan peletakan jawatan beliau semasa persidangan UMNO pertengahan 2002. Sudah tentu tidak siapa yang sedar ketika itu betapa Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tersenyum lebar kerana perhatian ramai tertumpu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz yang meluru naik ke pentas menjerit (Why…why?) sehingga terpatah tumit kasutnya. Dengan pantas Abdullah sedar diri dan melakukan apa yang diharapkan daripadanya – berlakon terperanjat – sambil menguasai keadaan yang sungguh tinggi emosinya. Mahathir telah dipimpin ke bahagian belakang pentas, dan setelah terhenti majlis itu untuk beberapa ketika di mana kira-kira 2,500 ahli perwakilan termangu-mangu kerana keliru, Abdullah pun muncul semula untuk mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi UMNO telah berjaya memujuk Mahathir agar melengahkan peletakan jawatan beliau sehingga tahun berikutnya.

Tidak lama selepas itu Mahathir telah pergi bercuti untuk dua bulan dan ini mencetuskan kesangsian bahawa dua bulan yang diambilnya itu akan membolehkan beliau merenung kesilapan lama dan melancarkan satu usaha untuk kembali berkuasa dan pulang daripada cutinya untuk mengumumkan yang dia telah mengubah pendirian tentang pengundurannya.

Untuk menyekat kemungkinan Mahathir menarik balik surat peletakan jawatan, semua Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri Kabinet perlu disogok. Tetapi Abdullah bukannya mempunyai wang sebanyak itu untuk membiayai rencana ini. Dengan itu Khairy telah dihantar ke Singapura untuk merundingkan dengan pihak berkuasa agar mendahulukan RM840 juta yang diperlukan untuk membiayai operasi itu. Sebagai balasan, Malaysia akan membantu Singapura keluar daripada kemelut kekurangan pasir. Pertama, Malaysia akan menjual pasir kepada Singapura untuk kerja-kerja menambak laut yang akan membesarkan saiz Singapura menjadi dua setengah kali ganda daripada kawasan tanah yang ada. Kedua, Singapura akan mendapat sebahagian tanah Johor, walaupun tidak secara terus seperti Seberang Perai (Province Wellesley) dibalun oleh Pulau Pinang. Singapura akan membalun tanah di Selatan Johor dengan cara mewujudkan Rantau Ekonomi Selatan Johor sedangkan perkara sebenarnya adalah merupakan North Singapore Economic Region, yang kini diberikan nama cantik bergelar Iskandar Development Region (IDR).

Dengan berbekalkan RM 840 juta, kata pegawai tinggi UIMNO itu lagi, Menteri Kabinet dan anggota Majlis Tertinggi UMNO telah disogok dengan wang rasuah. Tujuannya adalah seandainya Mahathir menukar rencana untuk berundur, maka rencana 2 September 1998 yang dikenakan untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim akan dilancarkan pula. Kononnya, mengikut sumber cerita yang sama, Daim Zainuddin telah di berikan tugas khas menghantarkan mesej istimewa kepada Mahathir bahawa seandainya dia menukar rencananya, dia menghadapi risiko meledaknya bencana yang amat berbahaya. Ketika itu barulah Mahathir sedar betapa satu muslihat yang amat licik telah dilancarkan dengan amat bijak sekali rencana itu kerana ia dilihat seolah-olah Mahathir yang berundur dan bukannya dia yang ditendang keluar.

Sekarang tentulah kita faham kenapakah Mahathir begitu kuat menentang penjualan pasir kepada Singapura, projek IDR dan banyak lagi isu yang ada kaitannya dengan Singapura? Mahathir sudah sedar secara terlalu lambat betapa Singapura telah membiayai penyingkirannya dan sebagai bayaran balik kepada duit yang dipinjam itu Abdullah kini terpaksa akur kepada apa sahaja yang disuruh oleh tuan besarnya di negara Republik itu.

Seperti yang pernah saya sebutkan Malaysia-Today boleh buktikan bahawa Abdullah telah gunakan RM600 juta wang sumbangan pembayar cukai negara ini menyogok 191 UMNO Bahagian untuk menyekat Mahathir muncul sebagai ahli perwakilan pad a Persidangan UMNO tahun lalu. Wang bernilai RM840 juta yang diperolehi daripada Singapura telah digunakan untuk membeli kesetiaan Menteri Kabinet dan juga anggota Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah sesuatu yang berdasarkan cakap angin daripada seorang anggota tertinggi UMNO yang memperolehinya daripada maklumat yang disalurkan oleh seorang petugas risikan negara asing. Kerana ketiadaan bukti sahih, Malaysia-Today tidak punya pilihan lain kecuali mengatakan bahawa kisah -ini adalah satu lagi desas-desus antara ribuan desas-desus lain yang mewarnai Malaysia. Walaupun pada hakikatnya satu hari nanti 90% cakap angin ini ternyata kana mempunyai kebenarannya, kami masih mahu mengekalkan cerita ini sebagai satu dongeng semata-mata sehingga satu masa nanti ia dibuktikan bukanlah semacam itu.

Talibarut kami menganggap bahawa ini bukanlah satu spekulasi sahaja dan dia amat mempercayai petugas agensi risikan negara luar itu yang telah menjadi sahabat akrabnya untuk beberapa dekad. Si talibarut telah terus menjelaskan bagaimana mereka menjejak aliran wang tunai sebanyak itu kerana ketika kali pertama ia timbul di Australia negara Barat sedang dilanyak 'Demam 911' dan sedang berwaspada tentang aliran wang panas yang disalurkan kepada Al Qaeda dan kumpulan ganas yang lain. Pada awalnya mereka mengsyaki wang itu adalah untuk membiayai kumpulan pengganas Islam tetapi apabila mereka jejaki wang itu di Malaysia barulah mereka sedar bahawa wang itu masuk kantung UMNO.

Besar kemungkinan kisah ini akan difailkan dalam bahagian desas-desus yang bertaraf 10% tetapi diperakukan nanti. Akan tetapi besar kemungkinannya cerita ini akan dialihkan kepada seksyen desas-desus yang mempunyai kebarangakalian sebanyak 90% untuk menjadi satu fakta kebenaran. Saya yakin masa akan menjadi penentunya. Inilah yang membuatkan saya terpegun kenapa Mahathir begitu marah terhadap Singapura dan dia telah menanggung tiga serangan penyakit jantung sejak satu tahun yang lalu kerana tekanan. Apakah kemungkinannya orang tua terhormat yang paling lama dalam politik Malaysia mengetahui sesuatu yang lebih besar daripada kita semua?

Bercakap tentang jantung Mahathir, semalam dia telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara dan esok pagi dia akan menjalani pembedahan ke atas jantung yang pernah dibedah 18 tahun yang lalu. Marilah kita berdoa akan keselamatan beliau. Kita memerlukan Tun untuk banyak masa lagi kerana masih banyak lagi cerita yang belum didedahkan dan pelbagai desas-desus seperti yang didedahkan di atas tadi yang memerlukan perakuan beliau ataupun penafiannya. Buat masa ini dengan keadaan tiga parti pembangkang yang masih kelam-kabut, Mahathir merupakan insan yang paling berguna untuk menyuarakan penentangannya. Apa yang tersimpan rapat di dadanya bukan sahaja satu jantung yang akan dibedah tetapi banyak lagi rahsia besar tentang tipu-muslihat dan putar-belit mereka yang berlenggang di anjung kuasa dan kita amat memerlukan Mahathir untuk mendedah dan membantu kita membuktikan bahawa 90% desas-desus yang kita dengar itu bukanlah berita angin semata-mata di Malaysia ini.


05.09.2007 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)